Humble Store agak aktif menawarkan permainan percuma setiap minggu untuk bulan ini. Pada minggu ini, mereka hadir dengan penawaran satu lagi permainan percuma melalui Humble Store, iaitu Outlast Deluxe Edition.

Outlast Deluxe Edition merupakan permainan berbentuk aksi-seram, dimana para pemain akan memainkan watak seorang wartawan untuk mengkaji apa yang sedang berlaku di sebuah rumah sakit. Namun, penemuannya membuatkan pemain perlu melarikan diri daripada pelbagai musuh – tetapi memandangkan anda memainkan watak wartawan, maka anda tiada senjata, dan perlu menggunakan kamera untuk menggunakannya sebagai night-vision dan untuk beberapa tujuan lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun permainan Outlast Deluxe Edition ini secara percuma di Humble Store hari ini.

Muat-Turun Outlast Deluxe Edition melalui Humble Store

Sohor Kini