Pada acara Sony di Tokyo Game Show hari ini, mereka bersama Capcom turut mengambil peluang untuk mengumumkan yang mana permainan ARPG daripada Capcom yang terbaru, iaitu Monster Hunter : World bakal dilancarkan untuk konsol pada Januari 2018.

Capcom mengatakan Monster Hunter : World bakal ditawarkan untuk PlayStation 4 dan juga Xbox One pada 26 Januari 2018. Untuk pengguna PC pula, anda perlu menantikan beberapa ketika selepas tarikh berkenaan untuk dapat memainkannya pada komputer.

Melalui permainan Monster Hunter : World, anda akan memainkan watak yang perlu merantau di sebuah kawasan baru untuk membuat kajian dan menemui pelbagai penemuan baru.

Bagi anda yang mengemarkan permaina bergenre ARPG, mungkin boleh nantikan permainan ini pada bulan Januari akan datang.

Sohor Kini