Hari ini, Sony mengambil pentas utama di Tokyo Game Show dan mengumumkan beberapa penawaran baru daripada mereka. Salah satunya adalah konsol edisi terhad bersempena dengan permainan Call of Duty : WWII.

PS4 COD

Bersempena dengan permainan tembak-menembak berkenaan, Sony menawarkan rekaan khusus untuk konsol tersebut bertemakan Green Camo, selain turut hadir dengan alat kawalan khusus bersempena dengannya.

Sony buat masa ini telah mengumumkan penawaran konsol edisi terhad ini untuk pasaran Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada. Mungkin kita akan dapat melihat pengumuman lebih kurang sama untuk Malaysia tidak lama lagi.

Sohor Kini