Kemunculan semua Lara Croft ke layar perak amat dinantikan peminat permainan video Tomb Raider. Dua filem lakonan Angelina Jolie sebelum ini mendapat sambutan tetapi menerima kritikan kerana mengikuti jalan cerita asal. Filem reboot Tomb Raider lakonan Alicia Vikander akan ke layar perak tahun hadapan. Video acah dan poster filem telahpun dipertontonkan pagi tadi.
The #TombRaider movie trailer drops tomorrow, in theaters March 2018. @tombraidermovie pic.twitter.com/EQBknf9Cla
— Tomb Raider (@tombraider) September 18, 2017
Dari apa yang dipaparkan, Alicia Vikander memang kelihatan seperti Lara Croft versi permainan video yang dihasilkan oleh Crystal Dynamic. Senjata anak panah dan kapak ais dipaparkan secara prominen di dalam poster dan video. Sebagai peminat siri ini, kami hanya boleh berharap ia adalah adaptasi yang semenggah. Telah beberapa kami kami dijanjikan filem adaptasi permainan video yang baik dan hanya dibalas dengan kekecewaan seperti yang berlaku kepada adaptasi Assassin’s Creed tahun lalu.