Informasi Permainan Video Terkini
Humble Bundle Telah Mengumpulkan Dana Sumbangan Melebihi $100 Juta Untuk Badan Kebajikan

Humble Bundle Telah Mengumpulkan Dana Sumbangan Melebihi $100 Juta Untuk Badan Kebajikan

Diterbitkan pada Sep 15, 2017 oleh .

Humble Bundle merupakan salah satu penawaran yang tidak asing lagi bagi para pemain video, dimana melaluinya mereka sering menawarkan sejumlah permainan video pada harga rendah – serendah $1. Melalui laman mereka, para pembeli boleh membuat pilihan peruntukkan daripada pembelian mereka untuk turut disumbangkan kepada badan kebajikan.

Kini, pihak Humble Bundle mengumumkan yang mana sehingga kini mereka telah berjaya mengumpulkan dana berjumlah $100 juta sehingga kini melalui platform mereka sehingga kini.

100 Juta

Perkara ini semestinya mengembirakan komuniti disebalik Humble Bundle – dimana membolehkan mereka bukan sahaja mendapatkan permainan pada harga rendah, tetapi pada masa yang sama turut menyumbangkan wang kepada badan kebajikkan.

Bagi anda sendiri, adakah anda sering menggunakan platform Humble Bundle ini?