Bruce Straley, pengarah bersama untuk permainan The Last of Us dan beberapa siri permainan Uncharted setelah 18 tahun, mengambil keputusan untuk meletak jawatan dari Naughty Dog.
Di dalam kenyataan rasmi yang ditulis oleh Bruce Straley sendiri, beliau menyatakan setelah menghasilkan tiga projek berat bersama Naughty Dog, beliau berasa tenaganya semakin fokus ke arah lain dan sedar bahawa tiba masa untuk beliau teruskan perkara lain.
Bruce Straley mula bekerja di Naughty Dog pada tahun 1999 sebagai pereka tekstur, dimana ketika itu syarikat pembangun permainan tersebut sedang membangun permainan Crash Team Racing.
Walaupun Bruce Straley tidak lagi bersama Naughty Dog, kami di Aksiz percaya Naughty Dog akan terus mengejutkan kita dengan pelbagai lagi permainan akan datang seperti The Last Of Us 2. Kami juga mengucapkan selamat maju jaya buat Bruce Straley dengan segala perjalanan beliau pada masa akan datang.