Bandai Namco sebelum ini telah memperkenalkan permua Digimon Linkz di Jepun sejak 2016 yang lepas. Kini, selepas sekian lama khusus untuk pasaran Jepun sahaja, permua berasaskan siri animasi Digimon berkenaan turut akan ditawarkan untuk semua pengguna seluruh dunia tidak lama lagi.

Digimon Links

Melalui Digimon Links, pemain boleh memperkembangkan watak Digimon mereka seperti melatih dan sebagainya – selain turut menyertai perlawanan 3-lawan-3 untuk menambah tahap dan kekuatan Digimon anda.

Buat masa ini, tiada sebarang tarikh pelancaran yang diberikan oleh Bandai Namco. Tetapi, para pengguna peranti Android boleh mendaftar minat di Google Play, dan akan menerima notifikasi sebaik sahaja permainan berkenaan telah bersedia untuk dimuat-turun.

Pra-Daftar : Digimon Links untuk Android[/download]

Sohor Kini