Animonsta merupakan syarikat yang popular dengan siri animasi BoBoiBoy. Kini, selain hanya menghasilkan animasi mereka sendiri, Animonsta kini turut dilihat bekerjasama dengan beberapa syarikat lain untuk melesenkan dan menawarkannya di Malaysia.

Mengumumkannya hari ini, Animonsta kini mengumumkan mereka telah bekerjasama dengan The Pokemon Company.

Melalui kerjasama ini, Animonsta akan membawa musim terbaru animasi Pokemon, iaitu Pokemon Sun & Moon ke kaca televisyen tempatan. Selain daripada itu, mereka turut akan membawa masuk filem bersempena ulang-tahun ke-20 Pokemon, iaitu “I Choose You” pada penghujung tahun ini.

Disamping itu, kita juga akan dapat melihat pelbagai aktiviti berkaitan Pokemon dianjurkan oleh Animonsta pada bulan-bulan akan datang.

Sohor Kini