Informasi Permainan Video Terkini
Okami HD Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One Dan PC Pada 12 Disember Ini
PC

Okami HD Bakal Tiba Di Playstation 4, Xbox One Dan PC Pada 12 Disember Ini

Diterbitkan pada Sep 13, 2017 oleh .

Lanjutan daripada pengumuman Capcom berkenaan permainan Okami HD bakal dilancarkan di Jepun, kini Capcom akhirnya mengumumkan secara rasmi bahawa permainan Okami HD bakal dilancarkan secara global pada 12 Disember ini khas buat Playstation 4, Xbox One dan PC.

Seperti yang dilaporkan di artikel yang lepas, Okami HD ini akan menawarkan bentuk permainan sama seperti permainan asal yang dilancarkan pada 2006 yang lepas – tetapi turut hadir dengan sokongan resolusi 4K, serta penambah-baikkan grafik lain.

Okami adalah permainan yang dilancarkan di Playstation pada 2006 lepas. Ia merupakan permainan yang dibangunkan oleh Clover Studio, terkenal dengan siri permainan Viewtiful Joe. Okami adalah permainan yang menerima pelbagai pujian kerana rekaan visual dan inspirasi tradisi lukisan Jepun yang sangat menawan. Pada tahun 2008, Capcom turut melancarkan Okami di Nintendo Wii dengan sokongan kawalan gerakan untuk mengawal berus Celestial di dalam permainan tersebut. Pada tahun 2012 pula, Capcom juga melancarkan permainan ini dalam bentuk penambah-baikkan HD di PS3. Permainan Okami juga mempunyai sekuel tersendiri iaitu Okamiden yang dilancarkan di Nintendo DS pada tahun 2011.

Okami HD bakal dilancarkan secara digital sahaja di kedai atas-talian mengikut konsol pada harga $20 (~RM85). Jangan lepaskan peluang anda untuk bermain semula permainan klasik ini dengan resolusi HD pada 12 Disember ini.