Informasi Permainan Video Terkini
Dapatkan Pelbagai Permainan Capcom, Sega Dan Atlus Pada Harga Rendah Melalui Humble Bundle
PC

Dapatkan Pelbagai Permainan Capcom, Sega Dan Atlus Pada Harga Rendah Melalui Humble Bundle

Diterbitkan pada Sep 12, 2017 oleh .

Humble Bundle sedia popular dikalangan ramai pemain dengan penawaran permainan pada harga yang sangat rendah – serendah $1. Terkini, mereka hadir dengan penawaran baru yang menyediakan sejumlah permainan menarik dibawah pakej yang dinamakan Humble Capcom x Sega x Atlus Bundle.

Humble Bundle

Melalui sumbangan serendah $1 melalui Humble Capcom x Sega x Atlus Bundle, anda akan menerima sejumlah permainan, iaitu:
Rollers of the Realm
Zeno Clash 2
Sonic Adventure 2
Bionic Commando
Citizens of Earth

Pada harga sumbangan purata pula, anda akan menerima semua permainan di atas, dan termasuk
Renegade Ops Collection
Sonic Generations Collections
Resident Evil 4
DEAD Rising
Tesla Effect : A Tex Murphy Adventure

Dan pada harga bayaran $12, anda akan menerima kesemuanya, termasuk:
Motorsport Manager
Devil May Cry 4 : Special Edition

Seperti biasa, semua permainan ditawarkan melalui Humble Bundle ini akan menyediakan kod Steam yang boleh ditebus. Semua permainan adalah untuk platform Windows – walaupun ada yang menyokongya pada Mac dan Linux.