Informasi Permainan Video Terkini
Demo Untuk Forza Motorsport 7 Bakal Ditawarkan Pada 19 September Ini
PC

Demo Untuk Forza Motorsport 7 Bakal Ditawarkan Pada 19 September Ini

Diterbitkan pada Sep 8, 2017 oleh .

Forza Motorsport 7 merupakan salah satu permainan berbentuk perlumbaan kereta. Ia menawarkan sejumlah pilihan kereta untuk berlumba, selain trek perlumbaan di selurh dunia. Menariknya, permainan ini turut mengambil kira beberapa elemen dalam menjadikan perlumbaan lebih realistik, termasuk perubahan pada cuaca dan sebagainya.

Forza Motorsport 7 ini bakal dilancarkan pada 3 Oktober 2017 kelak, tetapi seperti biasa pemain boleh mencuba versi demonya terlebih dahulu.

Kini, bersempena dengan penawaran demo yang dijadualkan pada 19 September kelak, pihak Microsoft dan Turn 10 Studios turut hadir dengan sebuah video aksi-nyata khusus untuk permainan berkenaan yang akan digunakan dalam mempromosikannya.

Bagi anda yang menantikan demo permainan perlumbaan ini, boleh tandakan kalendar anda 19 September ini untuk memuat-turunnya.