Bagi anda yang masih belum mempunyai permainan The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition, anda kini boleh mencuba permainan ini secara percuma untuk tempoh masa yang terhad. Permainan ini bakal mengadakan tempoh pencubaan hujung minggu ini di Steam.
Tempoh percubaan tersebut akan bermula hari ini sehingga 11 September. Bagi anda yang bermain permainan tersebut dalam tempoh pencubaan itu, setiap kemajuan anda boleh disambungkan sekiranya anda membeli permainan tersebut secara penuh. Bethesda juga mengadakan promosi jualan diskaun sehingga 50% sehingga 20 September. Anda boleh membeli permainan ini dengan hanya RM79 daripada harga asalnya RM158.
The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition merupakan permainan yang dipernambah-baikkan dari permainan asalnya yang dilancarkan pada tahun 2011. Ia merupakan permainan aksi pengembaraan yang dibangunkan oleh Bethesda Softworks dan mendapat pelbagai anugerah dan merupakan permainan terbaik bagi tahun 2011.
Jangan lepaskan peluang anda untuk memcuba permainan ini secara percuma, disamping membelinya dengan harga promosi.
[download] Muat-Turun : The Elder Scrolls V: Skyrim Special Edition [/download]