Informasi Permainan Video Terkini
Kandungan Tambahan Terakhir Nioh, ‘Bloodshed’s End’ Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada 26 September Ini

Kandungan Tambahan Terakhir Nioh, ‘Bloodshed’s End’ Bakal Tiba Di Playstation 4 Pada 26 September Ini

Diterbitkan pada Sep 8, 2017 oleh .

Permainan aksi pengembaraan Nioh yang dilancarkan pada Februari yang lepas secara esklusif di Playstation 4 kini bakal mendapat pernambahannya yang terakhir iaitu Bloodshed’s End pada 26 September ini.

Pernambahan ini merupakan kesinambungan daripada pernambahan Defiant Honor yang dilancarkan Julai lepas dimana pemain bakal menyaksikan konklusi antara Toyotomi dan Tokugawa di kawasan istana Osaka. Pernambahan ini merupakan fasa terakhir untuk era Sengoku dan merupakan pengembaraan terakhir bagi watak utama Nioh, William.

Selain pernambahan dari segi penceritaan utama, misi sampingan dan misi Twilight, Koei Tecmo juga akan menyertakan mod terbaru yang dipanggil The Abyss. Mod tersebut bakal menguji kemahiran pemain dengan keupayaan untuk bertarung dengan pelbagai musuh dengan tahap kesukaran yang tinggi. Koei Tecmo juga bakal menyertakan juga watak baru dan juga Guardian Spirits baru buat permainan Nioh disamping melengkap permainan tersebut dengan pernambahan terakhir Bloodshed’s End ini.

Pernambahan ini bakal dilancarkan pada 26 September ini dengan harga RM52 khas di Playstation 4 sahaja. Bagi mereka yang mempunyai pas musim untuk permainan Nioh, anda bakal mendapatnya secara percuma.