Bagi peminat siri Danganronpa, mesti anda tidak sabar untuk bermain permainan Danganronpa V3: Killing Harmony yang bakal tiba di PS4 dan PSVita pada 26 September ini.

Danganronpa V3: Killing Harmony adalah permainan berunsurkan Visual Novel yang terkenal di PSVita kini bakal juga hadir ke PS4. Beberapa bulan lepas, Spike Chunsoft melancarkan Danganronpa 1.2 Reload di platform PS4 dan PC yang mengandungi Danganronpa 1 dan Danganronpa 2.

Bagi peminat yang tidak sabar dengan Danganronpa V3: Killing Harmony anda boleh membuat pra-tempahan di laman rasmi Danganronpa dimana terdapat dua versi untuk PS4 dan PSVita, dimana edisi terhad akan disertakan beg, soundtracks, headphone dan pelbagai barangan.

Pra-tempah : Danganronpa V3: Killing Harmony

Sohor Kini