Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan Malaysia Bakal Menyertai Pertandingan E-Sukan IeSF World Championship 2017 Di Korea November Ini

Pasukan Malaysia Bakal Menyertai Pertandingan E-Sukan IeSF World Championship 2017 Di Korea November Ini

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Sempena acara pertandingan IeSF World Championship 2017 yang bakal berlangsung pada 9 hingga 12 November ini di Busan, Korea, ESports Malaysia(ESM) bakal menghantar pasukan e-sukan dari Malaysia untuk menyertai acara tersebut dengan jumlah hadiah yang ditawarkan melebihi RM204,000.

Selepas kejayaan IeSF World Championship tahun lepas di Jakarta, IeSF World Championship kini kembali ke Korea. Ia merupakan acara yang ke-9 IeSF World Championship dan merangkumi pemain dari pelbagai negara seluruh dunia.

Pada 26 dan 27 Ogos lepas, ESM mengadakan pertandingan kelayakan yang dijayakan oleh AMD dan Omen by HP dengan harapan untuk mencari bakat pemain e-sukan tempatan. Sepanjang dua hari acara tersebut dijalankan di Digital Fortress E-Sports Arena dan Orange Esports Stadium, pasukan untuk permainan Counter Strike: Global Offensive, League Of League dan Tekken 7 berjaya dipilih dan mereka bakal mewakili Malaysia bagi acara IeSF World Championship 2017.

Pasukan yang berjaya mendapat tempat untuk e-sukan Counter Strike: Global Offensive adalah Team Fire Dragoon. Dengan ahlinya iaitu :

  1. Taschvind ‘Taz’ Sielan Jayasielan
  2. Ahmad Khalish ‘d4v41’ Rusyaidee Bin Nordin
  3. Muhammad Ridzuan ‘3nable’ Hazi Bin Hasnul Hazi
  4. Muhammad ‘Click-’ Idzni Bin Rosdi
  5. Lee ‘y00ngHwe1’ Yoong Hwei

Manakala bagi pasukan yang mewakili untuk permainan League Of Legends pula adalah Team Rough Life, diwakili ahlinya iaitu:

  1. Khoo ‘RL Albin’ El Bin
  2. Loo ‘RL Lavender’ Kah Yew
  3. Yap ‘chuer bae’ Li Aw
  4. Liew ‘RL KURURU’ Khai Chun
  5. Hong ‘RL ShiroNeko’ Kar Yi
  6. Louis ‘RL Imanotgod’ Wong

Bagi permainan Tekken 7 pula, Muhammad Zarif ‘HXI | ZABA’ Aiman bin Aris bakal mewakili Malaysia untuk ke acara tersebut.

Dengan kejayaan pasukan-pasukan dan pemain-pemain e-sukan tersebut, seluruh tiket dan penginapan mereka bakal ditaja oleh AMD dan Omen by HP untuk ke Korea November ini sempena acara IeSF World Championship 2017.

Kami di Aksiz mengucapkan sepenuh maju jaya buat pemain-pemain yang bakal mewakili Malaysia bagi acara tersebut. Anda juga boleh memberi sokongan dengan melayari laman rasmi Facebook Esports Malaysia.

Laman Rasmi Facebook : Esports Malaysia