Informasi Permainan Video Terkini
Poi: Explorer’s Edition – Permainan Indie Platformer Bakal Tiba Di Nintendo Switch Pada 23 Oktober

Poi: Explorer’s Edition – Permainan Indie Platformer Bakal Tiba Di Nintendo Switch Pada 23 Oktober

Diterbitkan pada Sep 7, 2017 oleh .

Poi adalah permainan indie platformer yang dibangunkan oleh PolyKid. Ia dilancarkan awal tahun ini untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC. Kini, dengan kerjasama Alliance Digital Media, mereka bakal melancarkan permainan ini di Nintendo Switch pada 23 Oktober ini

Pemain berupaya untuk mengembara di Milky Way Globe  disamping mengumpul 100 medal. Permainan ini bakal dilancarkan secara fizikal dan digital dengan harga $29.99(~RM127).

Sempena pelancaran di Nintendo Switch, permainan ini bakal dilancarkan sebagai edisi Poi: Explorer’s Edition dan mengandungi pelbagai pernambahan seperti kawalan menggunakan pergerakkan dengan alat kawalan JoyCon. PolyKid juga bakal menyertakan kostum tambahan dan tahap kesusahan yang lebih tinggi. Pemain juga berupaya untuk mendapatkan artbook dan muzik latar permainan ini.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mengembara bersama Poi di Nintendo Switch pada 23 Oktober ini.