Skip to main content

Beberapa minggu lepas, Blizzard Entertainment telah berkongsi sebuah animasi pendek Overwatch, Rise And Shine yang memfokuskan watak Mei. Kini, Blizzard berkongsi dengan lebih lanjut berkenaan penceritaan watak Mei, dan juga disebalik tabir ketika proses pembikinan animasi pendek tersebut.

Walaupun Overwatch adalah permainan penembak pandang pertama multi-pemain, animasi pendek yang dihasilkan oleh Blizzard juga mendapat sambutan yang memberansangkan oleh peminat. Setiap animasi pendek tersebut mempunyai penceritaan, sejarah watak-watak di dalam permainan Overwatch dan memberi penerangan kisah silam mereka.

Walaupun video tersebut tidak memfokuskan dari segi teknikal ketika penghasilan animasi pendek tersebut, tetapi ia tetap menunjukkan pelbagai proses secara lebih mendalam termasuk ciri-ciri watak Mei.

Animasi sememangnya bukanlah sesuatu yang baru, malah syarikat seperti Disney dan Pixar juga banyak menghasilkan pelbagai filem animasi yang sangat menarik. Walaupun Blizzard adalah syarikat pembangun permainan, animasi Overwatch yang dihasilkan oleh mereka ia tetap memaparkan animasi, eskpresi muka dan hubungan emosi antara penonton yang sangat menyentuh hati. Bagi anda yang masih belum menonton animasi tersebut, saya sangat mengesyorkan anda untuk menontonnya.

Overwatch adalah permainan yang dilancarkan pada tahun 2016 oleh Blizzard di Playstation 4, Xbox One dan PC. Ia merupakan permainan penembak pandang pertama yang memfokuskan bentuk permainan multi-pemain.

Leave a Reply