Minggu lepas, Nintendo mengadakan sidang media khas untuk pengumuman permainan indie yang bakal tiba di Nintendo Switch, antara permainan yang diumumkan adalah No More Heroes: Travis Strikes Again yang akan dibangunkan oleh Grasshopper Manufacture dan diarah oleh Goichi Suda atau lebih dikenali Suda51.

Minggu lepas, sempena acara PAX West 2017 yang berlangsung di Seattle, GameXplain, iaitu sebuah saluran Youtube di Amerika Syarikat sempat untuk menemu ramah Suda51.

Menurutnya, permainan No More Heroes: Travis Strikes Again bakal mengandungi bentuk permainan yang hampir sama dengan siri permainan No More Heroes sebelum ini. Ia juga bakal menyokong kawalan secara pergerakkan dengan menggunakan alat kawalan JoyCon. Suda51 juga menyatakan permainan ini boleh dimainkan dengan hanya satu alat kawalan JoyCon sahaja.

Untuk penceritaan pula, watak yang dipertayangkan ketika awal trailer tersebut merupakan Bad Man, iaitu ayah kepada Bad Girl didalam permainan No More Heroes yang pertama. Di dalam trailer tersebut, Bad Man cuba untuk membunuh Travis tetapi kedua-dua mereka disedut masuk ke dalam sebuah konsol permainan bernama Death Drive Mk-II. Suda51 menyatakan bahawa, di dalam permainan No More Heroes: Travis Strikes Again, pemain perlu bertempur didalam enam jenis permainan retro yang mempunyai bentuk permainan dan ketua musuh yang pelbagai.

Suda51 menyatakan permainan ini bukannya sekuel siri permainan No More Heroes mahupun No More Heroes 3. Ia adalah satu penceritaan baru buat pengembaraan watak Travis Touchdown. Beliau juga berharap agar dengan pelancaran permainan ini, permainan No More Heroes bakal dihidupkan semula dan mungkin beliau dapat membawa watak Travis ke dalam permainan Super Smash Bros pada masa akan datang.

Buat masa sekarang, Suda51 masih belum menyatakan tarikh pelancaran bagi permainan ini, tetapi ia bakal dilancarkan pada tahun 2018. menyataknan permainan Hotline Miami dan Shovel Knight merupakan permainan yang bakal bekerjasama bersama Grasshopper Manufacture untuk permainan yang bakal tiba di Nintendo Switch pada tahun 2018.

Anda boleh tonton video penuh temuduga oleh GameXplain tersebut dibawah.

Sohor Kini