Skip to main content

Dino Frontier, sebuah permainan keluaran Uber Entertainment bakal tiba di Playstation VR 1 Ogos kelak kini telah pun disenaraikan untuk dibeli pada harga $29.99(~RM129).

Dino Frontier diumumkan pada Playstation Experience 2016 yang lepas, membolehkan pemain untuk membina dan mengawal bandar bertemakan Wild West dan Jurassic.

Pemain akan memain peranan sebagai “Big Mayor” yang akan mengawal bandar dan mengarah penduduk untuk menuai tanaman, memotong kayu, melatih dinosaurs dan lain-lain. Terdapat pelbagai dinosaurs yang boleh dilatih seperti Velociraptors, Tyrannosaures Rex dan sebagainya. Permainan ini menjanjikan kawalan yang inovatif untuk zum dekat, zum jauh dan memutarkan kamera dengan alat kawalan Playstation Move.

Bagi anda yang meminati permainan seumpama ini, mungkin boleh tandakan kalendar anda, dan nantikan ia pada bulan Ogos ini.

Leave a Reply