Informasi Permainan Video Terkini
Siri Final Fantasy XIV : Dad of Light Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Siri Final Fantasy XIV : Dad of Light Kini Boleh Ditonton Di Netflix

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

Netflix sedia popular dengan penawaran siri televisyen dan filem terbitan dan eksklusif untuk platform berkenaan. Terkini, untuk penghujung minggu ini, mereka telah menambah satu lagi siri televisyen baru yang dinamakan sebagai Final Fantasy XIV : Dad of Light.

Dad of Light

Secara kasar, ia bukanlah mengenai permainan Final Fantasy, tetapi ia lebih kepada penceritaan seorang anak dan ayah yang menjadi rapat disebabkan oleh permainan Final Fantasy 14. Ia dikatakan siri ini adalah berasaskan kepada sebuah kisah benar.

Selain daripada siri sepanjang 8 episod ini, antara rancangan lain yang turut ditawarkan di Netflix berkaitan dengan Final Fantasy adalah termasuk filem Final Fantasy VII Advent Children, filem Final Fantasy : The Spirits Within dan juga filem Kingsglaive : Final Fantasy XV.