Informasi Permainan Video Terkini
WATTAM – Permainan Baru Oleh Pembangun Katamary Damacy
PC

WATTAM – Permainan Baru Oleh Pembangun Katamary Damacy

Diterbitkan pada Sep 1, 2017 oleh .

WATTAM adalah permainan yang dibangunkan oleh Funomena, iaitu syarikat pembangun permainan indie yang diasas oleh Keita Takahashi, bekas pembangun permainan Katamari Damacy dan Journey. Permainan ini bakal dilancarkan di PC tidak lama lagi. Funomena masih lagi belum mengumumkan lagi pelancaran permainan ini di konsol-konsol utama.

Permainan ini telah diperkenalkan ketika acara Playstation Experience 2014 dan kini Funomena bekerjasama bersama Annapurna Interactive untuk mengeluarkannya di PC selepas Sony memutuskan untuk tidak menjadi pengeluar permainan ini sekaligus Sony hilang hak untuk melancarkan permainan ini secara esklusif di Playstation 4.

Pembangun permainan ini, Keita Takahashi menyatakan permainan ini memfokuskan kepada penyelesaian tekaria disamping membina hubungan bersama rakan. Walaubagaimanapun, Funomena masih lagi belum berkongsi bentuk permainan ini. Dengan ketibaan Tokyo Game Show yang semakin hampir, kami di Aksiz percaya mereka akan memperlihatkan bentuk permainan WATTAM pada acara tersebut. Seperti biasa, kami akan membawakan berita lanjut mengenainya menjelang pengumuman permainan tersebut di TGS 2017.