Skip to main content

Permainan Middle Earth : Shadow of Mordor telah dilancarkan pada 2014 yang lepas, dan ia merupakan salah satu permainan yang mempunyai peminat yang tinggi. Lanjutan daripada permainan berkenaan, kini pembangunnya sedang membangunkan versi terbaru untuknya dinamakan sebagai Middle Earth : Shadow of War.

Ia pada mulanya dijadualkan untuk pengenalan pada platform PC, Xbox One, dan PS 4 sekitar Ogos, tetapi telah ditangguhkan kepada bulan Oktober.

Melalui permainan ini, ia menawarkan permainan seumpama RPG yang membolehkan anda mengawal dan membangunkan watak anda sepanjang permainan, dan berlawan dengan pihak musuh.

Shadow of War

Kini, pembangunnya turut menguji permua untuknya pada Android dan juga iOS. Ia kini ditawarkan dalam bentuk beta di beberapa buah negara. Pelancaran rasmi untuknya tidak diketahui, tetapi ia agak menarik untuk melihat ia turut ditawarkan pada peranti mudah-alih selain platform permainan utama.

[info]Semak : Middle Earth : Shadow of War di Android[/info] [info]Semak : Middle Earth : Shadow of War di iOS[/info]

Leave a Reply