Capcom dengan kerjasama Iam8bit bakal melancarkan semula katrij Super Nintendo Entertainment System (SNES) edisi terhad untuk permainan Street Fighter II. Katrij ini berharga $100(~RM428) dan hanya terdapat 5,500 unit sahaja yang akan dihasilkan – dimana 1,000 unit tersebut bakal mengadungi lapisan label katrij watak Blanka bercahaya dalam gelap dan selebihnya edisi merah Bandana Ryu.
Katrij ini sememangnya bukanlah untuk digunakan bersama permainan konsol SNES kerana ia adalah edisi khas ulang tahun ke-30 Street Fighter. Malah, amaran khusus turut disertakan untuk katrij ini, mengatakan ia mungkin kurang selamat untuk digunakan bersama konsol SNES.
Bagi anda yang berminat untuk mendapat katrij edisi khas ini, anda boleh membuat pra-tempahan sekarang di laman kedai atas-talian Iam8bit. Ia bakal ditawarkan bermula bulan November ini.
[info] Kedai Atas-Talian Iam8bit : Katrij SNES Street Fighter II [/info]