Skip to main content

Bagi anda yang berminat dengan permainan berbentuk strategi, mungkin anda pernah mendengar akan permainan The Escapists. Kini, pembangunnya turut telah melancarkan versi kedua permainan berkenaan, membawa nama The Escapists 2.

Permainan ini memfokuskan kepada penceritaan dimana para pemain perlu hadir dengan strategi untuk melarikan diri daripada penjara. Anda perlu melalui kehidupan rutin sebagai banduan, mematuhi peraturan penjara, dan pada masa yang sama merancang untuk melarikan diri daripadanya.

The Escapists 2

Menariknya pada The Escapists 2 berbanding versi sebelumnya adalah dimana ia kini boleh turut dimainkan bersam rakan-rakan yang lain.

Bagi anda yang berminat, boleh mendapatkan permainan ini pada harga RM38 daripada Steam.

https://www.youtube.com/watch?v=Uml0vz48krk

[download]Beli The Escapists 2 dari Steam[/download]

Leave a Reply