Informasi Permainan Video Terkini
DreamWorks Mengumumkan Permainan Realiti-Maya, Voltron VR Chronicles
PC

DreamWorks Mengumumkan Permainan Realiti-Maya, Voltron VR Chronicles

Diterbitkan pada Ogos 30, 2017 oleh .

Siri animasi terkenal Voltron: Legendary Defender oleh DreamWorks yang ditayangkan di Netflix kini bakal dilancarkan dalam bentuk permainan realiti-maya, Voltron VR Chronicles khas untuk Playstation VR, Oculus Rift dan HTC Vive. Permainan ini bakal dilancarkan pada 26 September akan datang.

Permainan ini akan mengandungi penceritaan baru dimana pemain berpeluang untuk berganding bahu bersama watak-watak asal animasi ini untuk menghapuskan kuasa jahat Zarkon. Trailer ini juga memaparkan beberapa bentuk teka-teki dan juga keupayaan untuk memandu Voltron.

Bagi anda yang ingin bersama watak-watak Voltron: Legendary Defender secara dekat dan berganding bahu untuk kalahkan Zarkon, jangan lepaskan peluang untuk mendapat permainan realiti-maya Voltron VR Chronicles 26 September ini.