Skip to main content

Bagi mereka yang tidak sabar untuk bermain Danganronpa V3: Kiling Harmony yang dibakal dilancarkan di Playstation 4, Playstation Vita dan PC pada 26 September kelak, anda kini boleh mencuba demo permainan tersebut terlebih dahulu melalui PlayStation atau Steam.

Spike Chunsoft juga mengumumkan bagi pemain yang menghabiskan demo permainan tersebut, mereka bakal menerima kandungan tambahan jika mereka menyimpan fail save demo tersebut ketika bermain permainan penuh kelak.

Danganronpa V3: Killing Harmony adalah permainan berunsurkan Visual Novel yang terkenal di Playstation Vita. Ia bakal hadir ke Playstation 4 dan PC. Bulan lepas juga kami melaporkan permainan ini boleh dipra-tempah untuk edisi terhad.

Manakala bagi mereka yang masih lagi belum bermain siri permainan Danganronpa 1 dan 2, anda berpeluang untuk membeli permainan tersebut dengan penawaran harga promosi di Steam. Steam sekarang menawarkannya pada harga RM54.72 berbanding harga asalnya RM76.

Jangan lepaskan peluang anda untuk mencuba Danganronpa V3: Killing Harmony edisi Demo sekarang di Playstation 4, Playstation Vita dan PC.

[download] Steam : Danganronpa V3: Killing Harmony Demo [/download] [download] Playstation Vita : Danganronpa V3: Killing Harmony Demo [/download] [download] Playstation 4 : Danganronpa V3: Killing Harmony Demo [/download]

Leave a Reply