Skip to main content

Bagi mereka yang meminati sukan Ultimate Fighting Championship(UFC), Playstation hari ini mengadakan promosi jualan siri permainan EA Sport UFC 2, khas di PSN Store.

Promosi ini berlangsung bermula hari ini sehingga 30 Ogos ini sahaja dengan penawaran permainan EA Sports UFC 2 sebanyak RM24.75 untuk edisi biasa dan RM42.25 untuk edisi Deluxe. Kebiasaanya edisi deluxe berharga RM169 di PSN Store.

EA Sports UFC 2 adalah permainan perlawanan berdasarkan sukan terkenal Ultimate Fighting Championship. Ia merupakan permainan rasmi untuk sukan tersebut. Jangan lepaskan peluang anda untuk mendapat permainan ini dengan harga yang murah.

Leave a Reply