Sempena promosi jualan permainan Playstation VR yang berlangsung di PSN Store, berikut adalah 5 permainan yang menarik untuk anda beli dan bermain di konsol Playstation 4 bersama peranti realiti-maya, Playstation VR.
1. Batman Arkham VR
Untuk peminat siri Batman Arkham, Batman Arkham VR pasti akan membuat anda tertarik dengan konsep “Be The Batman” dengan bermain permainan VR ini. Anda dapat menyelami watak sebagai Batman di dalam permainan ini di mana anda perlu selesaikan satu kes pembunuhan di bandar Gotham, disamping anda akan selesaikan beberapa misteri dan berjumpa pelbagai musuh Batman seperti Penguin, Joker dan lain-lain. Permainan ini sememangnya agak pendek dengan jangka masa hanya dua hingga tiga jam sahaja, tetapi dengan harga promosi RM55 sahaja di PSN Store sekarang, kami rasa ia sangat berbaloi dengan pengalaman yang bakal anda temui dengan permainan VR ini.
[info] Beli : Batman Arkham VR [/info]2. Ace Banana
Ace Banana merupakan permainan keluaran Oasis Games, ia merupakan permainan berkonsep kan Tower Defense di mana pemain akan memegang watak sebuah pisang dan perlu mempertahankan pisang-pisang yang lain dari dicuri oleh monyet. Permainan ini sememangnya mempunyai ciri permainan yang ringkas, tetapi apa yang menarik bagi kami ialah konsep panah yang dimainkan menggunakan alat kawalan permainan Playstation Move. Seakan panah yang betul, pemain hendaklah menarik anak panah bersama panah untuk menembak ke arah monyet. Setiap peringkat, akan terdapat Boss Battle yang pastinya akan membuat pemain rasa tercabar. Dengan berharga hanyalah RM32.50, kami rasa ia sangat berbaloi untuk dibeli dan dimain oleh semua pemain yang mempunyai Playstation VR.
[info] Beli : Ace Banana [/info]3.Statik
Statik ialah permainan yang akan membuka minda anda dengan konsep teka-teki yang menarik. Permainan ini memerlukan pemain untuk berfikir secara luar kotak kerana pemain akan di ujikaji dengan menyelesaikan teka-teki menggunakan alat kawalan Dualshock 4. Konsep permainan ini sangat menarik, dimana permain perlu menyelesaikan teka-teki sambil tangan anda dikurung di dalam kotak. Walaupun tangan pemain hanyalah dikurung di dalam VR, ia sememangnya membuat pemain seolah berada dalam alam nyata dan setiap teka-teki sangat menguji minda untuk menyelesaikan. Buat masa sekarang, Statik boleh dibeli dengan hanyalah RM76 sempena promosi jualan permainan Playstation VR.
[info] Beli : Statik [/info]4. Job Simulator
Job Simulator permainan keluaran Owlchemy Labs ialah permainan dimana pemain akan bermain simulasi sebagai seorang chef, pekerja ofis, mekanik dan juruwang. Walaubagaimana pun, pemain tak semestinya perlu mengikut segala tugasan yang diberi ketika bermain pemain ini, antara beberapa “tugas” yang pemain boleh buat ialah membaling stapler ke boss, membaiki kereta dengan menukar bateri dengan pisang dan pelbagai tugasan yang menghiburkan. Permainan ini tidak disertakan di dalam promosi jualan permainan Playstation VR, tetapi dengan hanya RM121, kami berasa ia masih lagi berbaloi untuk dibeli dan dimain.
[info] Beli : Job Simulator [/info]5. Until Dawn: Rush Of Blood
Until Dawn: Rush Of Blood ialah permainan Rail Shooter, pemain akan diletakkan disebuah roller coaster, dan pemain perlu menembak musuh dengan menghalakan alat kawalan permainan Dualshock 4 atau Playstation Move. Untuk peminat permainan bergenre horror, permainan ini akan memberi pengalaman yang sangat mengerikan kepada pemain dan juga pengalaman menaiki roller coaster di VR. Permainan ini tidak disertakan di dalam promosi jualan permainan Playstation VR, tetapi ia hanyalah berharga RM89 di PSN Store dan ia merupakan permaian Playstation VR yang sangat menarik bagi kami.
[info] Beli : Until Dawn: Rush Of Blood [/info]Terdapat pelbagai lagi permainan Playstation VR yang boleh dimain dan juga pelbagai permainan yang berada di dalam promosi jualan Playstation VR sehingga 20 Julai ini sahaja. Adakah anda bersetuju dengan pilihan kami? Konsikan pendapat anda permainan Playstation VR yang menarik di ruangan komen di bawah.