Jump iaitu servis seakan Netflix tetapi untuk permainan video. Seperti Playstation Now dan juga EA Access, Jump membolehkan pelanggan untuk melanggan permainan video secara strim ke PC, Mac dan Linux dengan membayar servis mereka pada harga hanya $9.99(~RM43) sebulan.
Jump akan mengandungi sejumlah permainan indie dan akan ditambah dengan permainan baru setiap bulan. Buat masa ini, anda boleh daftar untuk Beta di laman rasmi Jump sehingga 24 Julai ini. Perkhidmatan ini dijangka akan dilancarkan secara rasmi kepada umum pada hujung tahun ini.
[info]Daftar Beta : Laman Rasmi Jump[/info]