Setelah menguji dengan penawaran masa terhad sebelum ini, hari ini pihak Supercell telah mula menawarkan mod 2v2 kepada semua pemain Clash Royale seluruh dunia.
Melalui mod ini, anda boleh bersama rakan anda untuk bersaing dengan 2 lagi pesaing yang lain.
Pengenalan mod 2v2 kali ini adalah kekal, dan bukan lagi sementara seperti sebelum ini. Pada masa yang sama, bersempena dengan pengenalan ciri ini, Supercell menawarkan dua Magical Chest secara percuma kepada semua pemain – dan boleh menebusnya sebelum 25 Ogos 2017 ini.