Skip to main content

PES 2018 merupakan salah satu permainan sukan bola sepak yang mempunyai peminat yang ramai. Konami sebelum ini sedia menawarkan kebolehan untuk menguji PES secara atas-talian, dan kini Konami turut mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan demo untuk PES 2018 kepada semua pengguna bermula minggu hadapan, 30 Ogos 2017.

PES 2018 Beta

Demo ini akan ditawarkan untuk PlayStation 3, PlayStation 4, Xbox 360, dan juga Xbox One. Penawaran demo untuk PC masih belum diketahui lagi buat masa ini.

PES 2018 menawarkan grafik dan kaedah permainan yang lebih baik, termasuk menyertakan beberapa watak secara eksklusif, termasuk David Beckham. Versi akhir Pro Evolution Soccer 2018 ini akan ditawarkan bermula bulan September kelak.

https://www.youtube.com/watch?v=y0FCfnmlEwI

Leave a Reply