Dragonball Xenoverse 2 Diumumkan Untuk Nintendo Switch

Bandai Namco hari ini mengumumkan Dragonball Xenoverse 2 akan hadir ke konsol Nintendo Switch pada 22 September ini. Dragonball Xenoverse 2 dahulunya dilancarkan pada konsol PS4 dan Xbox One pada Oktober 2016 yang lepas.

Permainan versi Nintendo Switch ini akan disertakan bersama beberapa fungsi tambahan, seperti motion control untuk melaksanakan aksi Kamehameha dan Spirit Bomb. Versi Nintendo Switch juga akan membenarkan local ad-hoc multiplayer sehingga 6 pemain dan keupayaan untuk membawa ia bersama-sama untuk dimainkan dimana-mana.

Bagi anda yang menggunakan Nintendo Switch, adakah anda akan mendapatkannya?

Sohor Kini