Skip to main content

Tahun lepas, Nintendo mengumumkan New Nintendo 3DS XL edisi Super Famicon hanya untuk pasaran Jepun, sekaligus membuat ramai peminat kecewa dengan pengumumam tersebut kerana 3DS ialah konsol yang “dikunci” rantau.

Kini, sempena Gamescom 2017 Nintendo baru sahaja mengumumkan sebuah New Nintendo 3DS XL edisi Super NES dan ia bakal tiba di pasaran Eropah pada 13 Oktober kelak. Edisi Super NES 3DS ini mempunyai rekaan seakan konsol klasik Super NES dan juga butang kawalan menyerupai alat kawalan Super NES.

Buat masa ini, Nintendo masih lagi belum mengumumkan pelancaran edisi 3DS ini secara global, tetapi kami percaya mereka akan menjualnya di seluruh dunia kerana ramai peminat meminta edisi ini selepas pelancaran edisi Super Famicon di pasaran Jepun tahun lepas.

Leave a Reply