Informasi Permainan Video Terkini
White Day 2: Swan Song Diumumkan Untuk Playstation VR – Akan Datang Pada 2018

White Day 2: Swan Song Diumumkan Untuk Playstation VR – Akan Datang Pada 2018

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Sonnori hari ini mengumumkan permainan realiti-maya White Day 2: Swan Song bakal tiba untuk PlayStation VR pada 2018 kelak.

White Day adalah siri permainan seram yang dibangunkan oleh Sonnori. Permainan pertama mereka iaitu White Day: A Labyrinth Named School bakal dilancarkan di Playstation 4 pada 22 Ogos ini sebagai permainan yang ditambah-baik dari segi grafik dan permainan. Ia asalnya adalah sebuah permua untuk iOS dan Android, serta telah dilancarkan pada tahun 2015 lepas.

Menurut pembangun White Day 2: Swan Song, Sonnori, mereka menyatakan permainan ini boleh dimainkan di Playstation 4 secara biasa ataupun bersama Playstation VR dalam bentuk realiti-maya. Masih tiada banyak informasi lagi berkenaan permainan ini buat masa ini. Bagi mereka yang berminat dengan siri permainan seram, anda mungkin berminat untuk bermain White Day: A Labyrinth Named School, siri pertama permainan White Day yang bakal tiba minggu ini untuk PlayStation 4.

Laman Iklan Acah : White Day 2: Swan Song