Informasi Permainan Video Terkini
Pasukan Royal Flush One More Step Membawa Pulang RM10,000 Pada GSC Cyber Games

Pasukan Royal Flush One More Step Membawa Pulang RM10,000 Pada GSC Cyber Games

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Hujung minggu lalu, Golden Screen Cinema dan Garena telah menjayakan acara GSC Cyber Games di GSC MyTown Cheras Kuala Lumpur. Ia merupakan acara perlawanan terakhir yang dilangsungkan oleh GSC untuk permainan e-sukan FIFA Online 3. Acara ini merupakan acara e-sukan pertama yang dianjurkan oleh Golden Screen Cinema dengan jumlah hadiah yang bernilai RM20,000.

Acara tersebut dijayakan di GSC MyTown, Cheras, Kuala Lumpur dengan ditayangkan di skrin panggung wayang GSC Maxx yang mana juga merupakan skrin digital terbesar di Malaysia.

Empat pasukan, eMaster_A, Fight Until The End, Royal Flush One More Step dan Royal Flush Hoyyosh, bertempur untuk meraih piala juara dan memenangi hadiah sebanyak RM10,000.

Ketika perlawanan terakhir antara pasukan eMaster_A, eMasterA13x dan Royal Flush One More Step, Shaw7, perlawanan tersebut ditamatkan dengan keputusan 1-2 dimana meletakkan pasukan Royal Flush One More Step sebagai juara GSC Cyber Games. Manakala pasukan eMaster_A mendapat tempat kedua memenangi RM5000, tempat ketiga oleh Fight Until The End yang membawa pulang RM3000 dan tempat keempat oleh Royal Flush Hoyyosh membawa pulang RM2000.