Informasi Permainan Video Terkini
Xbox One X Edisi Project Scorpio Diumumkan

Xbox One X Edisi Project Scorpio Diumumkan

Diterbitkan pada Ogos 21, 2017 oleh .

Selain pengenalan sebuah konsol bertemakan Minecraft, Microsoft juga hari ini mengumumkan sebuah lagi variasi konsol edisi terhad yang dinamakan sebagai Xbox One X Project Scorpio Edition.

Xbox Scorpio

Berbeza dengan konsol Xbox One X biasa yang akan dijual bermula 7 November ini, untuk versi edisi terhad ini, ia turut menyertakan penulisan “Project Scorpio” pada konsol berkenaan, selain beberapa elemen khusus pada rekaan kerangka konsol tersebut. Microsoft turut menawarkan “kaki” eksklusif untuk konsol ini.

Melalui laman khusus, Microsoft telah pun mula mengambil pra-tempahan untuk konsol edisi terhad yang turut menawarkan kuasa memainkan permainan pada resolusi 4K melaluinya.

Seperti penawaran Xbox lain, kita mungkin perlu menantikan penjual tempatan membawa masuk ia ke Malaysia sebelum dapat memilikinya.