Informasi Permainan Video Terkini
Pembangun LoL Hadir Dengan Permainan Arked 2D Ringkas – Ziggs : Arcade Blast
PC

Pembangun LoL Hadir Dengan Permainan Arked 2D Ringkas – Ziggs : Arcade Blast

Diterbitkan pada Ogos 19, 2017 oleh .

Riot, pembangun disebalik permainan popular League of Legends kini telah mula menawarkan sebuah permainan 2D platformer, dinamakan Ziggs : Arcade Blast. Ia boleh dimuat-turun secara percuma, dan dimainkan pada komputer anda hari ini.

Ziggs

Permainan ini dihasilkan beberapa pekerja di Riot sebagai sebuah hackathon. Mereka telah mengumpulkan maklumbalas daripada para peminat, dan membangunkan permainan ini dalam tempoh 48 jam.

Ziggs : Arcade Blast ini hadir dengan beberapa tahap ringkas, dimana pemain akan memainkan watak Ziggs, dan perlu melalui beberapa halangan, dan menentang Brand pada penghujungnya.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun dan mencuba permainan yang dibangunkan dalam tempoh 48 jam ini.

Muat-Turun Ziggs : Arcade Blast