Skip to main content

Bagi para peminat siri permainan perlawanan Tekken dan ingin bermain permainan tersebut dimana-mana sahaja, kini anda berpeluang untuk melakukan sedemikian. Bandai Namco baru sahaja mengumumkan yang mana permua Tekken Mobile bakal dilancarkan tidak lama lagi kepada semua.

Buat masa ini, ia sudah dilancarkan di peranti iOS dan Android di Kanada, manakala untuk versi global, anda boleh membuat pra-pendaftaran sementara menanti Tekken Mobile ini. Dengan membuat pra-pendaftaran juga, anda bakal memperoleh beberapa ganjaran tambahan yang disediakan apabila permua ini dilancarkan kelak.

Seperti permainan perlawanan mudah-alih yang lain, Tekken Mobile bakal mengandungi pelbagai koleksi dan bentuk permainan malah matawang yang anda boleh gunakkan untuk membeli watak, menaikkan-taraf status permainan dan juga serangan khas. Ia juga bakal menyertakan kawalan yang mudah dengan hanya menekan skrin peranti seperti permainan perlawanan Injustice 2.

Permua ini juga akan hadir dengan sokongan pertempuran secara atas-talian, selain acara khas yang bakal memberi ganjaran kepada permain. Bagi anda yang berminat untuk memuat-turun permua ini, pra-pendaftaran boleh dilakukan hari ini.

[info] Pra-Pendaftaran : Permua Tekken Mobile [/info]

Leave a Reply