Jika anda serik dengan siri permainan perlawan dari Capcom yang sering tidak atau lambat mengenalkan mod penceritaan di dalam permainan, anda tidak perlu risau untuk permainan akan datang Marvel VS Capcom: Infinite. Kini, Capcom baru sahaja berkongsi trailer terbaru untuk permainan berkenaan yang memfokuskan kepada jalan penceritaan disebalik permainannya.
Trailer tersebut memfokuskan watak Jedah, Thanos dan Ultron Sigma yang bakal menjadi antagonis untuk permainan tersebut. Ia juga memperlihatkan keberangkalian pertelingkahan antara Captain America dan Iron Man seperti di dalam filem Captain America Civil War yang lepas. Sekaligus, permainan ini bakal mempunyai pelbagai plot yang menarik dan diambil sebahagian dari siri asal setiap watak, seperti Nemesis dengan Chris dari Resident Evil, dan juga konsep penceritaan berdasarkan Infinity Stone.
Trailer tersebut juga membaiki beberapa masalah dari segi grafik terutamanya berkenaan rekaan watak Chun Li yang seakan sedikit bermasalah pada trailer-trailer sebelum ini.
Marvel VS Capcom: Infinite bakal dilancarkan pada 19 September ini untuk konsol Playstation 4, Xbox One dan PC.