Rocket League Kini Ditawarkan Pada Harga Promosi Di PSN

Rocket League merupakan permainan yang hadir daripada Psyonix, dimana ia menawarkan sebuah permainan yang memerlukan pengguna mengawal kereta untuk bermain “bola sepak”. Ia turut hadir dengan ciri multiplayer untuk dimainkan bersama rakan-rakan lain.

Kini, bersempena dengan ulang-tahun kedua, pembangunnya menawarkan permainan Rocket League pada harga promosi bagi anda yang ingin mencubanya.

Anda kini boleh dapatkan permainan Rocket League di PSN Store dengan serendah RM40 dan juga koleksi DLC serendah RM4.80. Kebiasaanya permainan ini berharga RM80 untuk versi digital.

Disamping itu, pembangunnya turut mengatakan versi Nintend Switch akan hadir tidak lama lagi, termasuk kemaskini baru untuk Xbox One X.

Bagi anda yang berminat, mungkin boleh mendapatkan permainan ini pada harga promosi buat tempoh terhad ini, dna memainkan ia bersama rakan-rakan yang lain.

Sohor Kini