Informasi Permainan Video Terkini
Crackdown 3 Ditangguhkan Ke Musim Bunga 2018

Crackdown 3 Ditangguhkan Ke Musim Bunga 2018

Diterbitkan pada Ogos 17, 2017 oleh .

Crackdown 3 sepatutnya dilancarkan pada 3 November ini serentak dengan pelancaran Xbox One X. Permainan dunia terbuka ini amat dinantikan kerana ia adalah sebilangan kecil permainan yang masih lagi eksklusif pada konsol keluaran Microsoft.

Hari ini pihak Microsoft mengumumkan Crackdown 3 akan ditangguhkan pelancarannya ke musim bunga 2018. Penangguhan dilakukan bagi memastikan permainan ini dilancarkan tanpa sebarang masalah dan memberikan lebih masa kepada pembangun. Permainan ini pertama kali diperlihatkan pada tahun 2015. Bagi peminat siri ini ia pasti mengecewakan kerana kali telah menanti sejak Crackdown 2 yang dilancarkan pada tahun 2010.