Minat dengan permainan seperti Space Invaders? Anda mungkin turut akan memenangi salah satu permainan menarik seumpamanya, dinamakan 1982 yang ditawarkan secara percuma melalui Steam.

1982

1982 membawakan permainan tembak-menembak retro, dimana pengguna perlu menembak apa yang hadir daripada bahagian atas, dan pada masa yang sama mengelak pelbagai serangan balasan yang diterima.

Permainan ini menawarkan rekaan menyerupai rekaan retro, dan dilengkapi dengan kaedah permainan dan kawalan seperti beberapa permainan tembak-menembak retro lain.

Bagi anda yang berminat, boleh memuat-turun 1982 secara percuma daripada Steam hari ini untuk Windows.

Muat-Turun 1982 dari Steam

Sohor Kini