Informasi Permainan Video Terkini
New Blood Championship – Pertandingan Dota 2 Khas Buat Pemain Amatur

New Blood Championship – Pertandingan Dota 2 Khas Buat Pemain Amatur

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Purpose Win Entertainment, syarikat organisasi E-Sukan dari Hong Kong, bersama syarikat E-sukan dari Malaysia, Fallout Gaming, bakal mengadakan kejohanan pertandingan Dota 2, New Blood Championships. Kejohanan ini memfokuskan pemain amatur Dota 2 dari seluruh Asia Tenggara dengan jumlah hadiah bernilai $40,000(~RM171,860).

Kejohanan ini bertujuan untuk mencari bakat baru di Asia Tenggara, sekaligus membina karier pemain amatur Dota 2 ke profesional. Oleh itu, kejohanan ini tidak boleh disertai oleh pemain-pemain profesional yang pernah bertanding secara kompetitif dalam permainan Dota 2.

Acara New Blood Championship ini akan diadakan secara 3 peringkat, bermula dengan kelayakan secara atas-talian, diteruskan dengan kelayakan secara LAN di setiap negara dan akhirnya kejohanan acara utama yang bakal berlangsung di Jakarta, Indonesia.

Bagi mereka yang berminat untuk menyertai pertandingan ini, anda boleh ke laman rasmi New Blood Championship dibawah untuk mendaftar. Seperti biasa, kami di Aksiz akan mengemaskini acara ini setelah dilangsungkan pada masa akan datang.

Laman Rasmi : New Blood Championship