Informasi Permainan Video Terkini
Permainan StarCraft: Remastered Kini Ditawarkan Di PC dan Mac
PC

Permainan StarCraft: Remastered Kini Ditawarkan Di PC dan Mac

Diterbitkan pada Ogos 15, 2017 oleh .

Bagi para peminat permainan asal StarCraft, Blizzard hari ini telah mula menawarkan permainan ini dalam bentuk penambah-baikkan bersama sokongon 4K melalui laman Battle.net pada harga $14.99(~RM65). Permainan ini juga disertakan bersama penambahan StarCraft: Brood War.

Dari segi bentuk permainan, ia masih mengekalkan ciri permainan StarCraf klasik yang mana pemain boleh bermain dan mengalami semula peperangan angkasa antara Terran, Protoss dan Zerg. Pemain juga boleh bertempur antara pemain lain dengan mod multi-pemain atas-talian yang disertakan bersama.

Anda juga boleh mendapatkan StarCraft versi asal dengan percuma di laman rasmi Blizzard. Bagi anda yang berminat untuk mendapatkan versi penambah-baikkan, anda boleh ke laman rasmi Blizzard dibawah untuk membelinya.

Beli: Starcraft: Remastered