Skip to main content

Selain daripada Steam dan juga Humble, salah satu tempat untuk mendapatkan permainan video untuk PC pada harga rendah adalah GOG.com. Kini, untuk tempoh terhad, GOG menawarkan sebuah promosi khas yang dinamakan sebagai Pinata Madness.

Melaluinya, pemain boleh membeli permainan misteri pada harga $3, dan anda akan diberikan permainan rawak pada nilai antara $5.99 dan $44.99.

Sejumlah permainan ditawarkan secara rawak, termasuk antaranya adalah Pillars of Eternity, Shadow Warrior 2, Heroes of Might and Magic 5, Victor Vran, Saints Row 4 dan banyak lagi.

Bagi anda yang ingin mencuba tuah, mungkin boleh membeli Pinata di GOG, dan melihat sendiri apakah permainan video misteri yang diperolehi oleh anda melalui GOG ini.

Promosi ini akan berjalan sehingga 21 Ogos kelak.

[info]Layari : GOG Pinata Madness[/info]

Leave a Reply