Informasi Permainan Video Terkini
Sony Menjadualkan Sidang Media Khusus Bersempena Paris Games Week Pada 31 Oktober Ini

Sony Menjadualkan Sidang Media Khusus Bersempena Paris Games Week Pada 31 Oktober Ini

Diterbitkan pada Ogos 14, 2017 oleh .

Sony Interactive Entertainment hari ini mengumumkan mereka akan mengadakan sebuah sidang media khas di Paris Games Week pada 31 Oktober ini. Bagi anda yang ingin mengikutinya, boleh mengikutinya sekitar pukul 12 pagi pada waktu tempatan.

Buat masa ini, Sony masih lagi belum mengumumkan isian yang bakal mereka persembahakan. Mungkin kita akan berpeluang melihat beberapa permainan baru, selain kemaskini baru yang akan datang ke PlayStation melalui kemaskini akan datang.

Seperti biasa, kami di Aksiz akan membawa informasi lebih lanjut mengenai sidang media ini menjelang acara tersebut.