Hasil kerjasama antara Respawn Entertainment dan Particle City, kini mereka telah melancarkan permua terbaru untuk iOS dan juga Android iaitu Titanfall: Assault.
Ia adalah permua strategi masa-nyata, di mana pemain berupaya untuk menyerang dan juga mempertahankan pangkalan seakan Clash Royale. Dengan keupayaan untuk menyerang menggunakan tentera dan juga Titan, pemain perlu menangkap atau memusnahkan tiga bangunan utama musuh untuk menawan pangkalan musuh. Seperti permainan asasnya di Playstation 4 dan juga Xbox One, pemain juga berupaya untuk memanggil Titan untuk memudahkan lagi pertempuran untuk menakluk pangkalan musuh.
Pemain juga berupaya untuk menaik-taraf pangkalan dan juga Titan-Titan pemain. Seperti biasa, permua ini juga menyediakan urusniaga mikro untuk membeli kad-kad sebagai mata wang untuk mendapat tentera dan juga Titan baru.
Bagi mereka yang berminat untuk bermain permua ini, anda boleh memuat turunnya di iOS dan juga Android sekarang secara percuma.
[download] Permua Titanfall Assault iOS [/download] [download] Permua Titanfall Assault Android [/download]