Super Meat Boy merupakan salah satu permainan daripada penerbit indie yang sangat popular dan menerima pelbagai maklumbalas positif. Ia pada awalnya telah hadir pada 2010 yang lepas, dimana pemain akan mengawal watak yang dinamakan Meat Boy yang perlu melalui pelbagai halangan untuk menyelamatkan teman wanitanya.
Ia menawarkan lebih 300 tahap, dan merupakan permainan dibawah genre platformer.
Super Meat Boy sedia ditawarkan pada konsol PlayStation 4, Xbox 360, PC, PS Vita, dan kini pembangunnya turut mengumumkan yang mana ia bakal hadir ke Nintendo Switch. Walaubagaimanapun, tarikh pelancarannya masih belum dikongsikan buat masa ini.