Skip to main content

Call of Duty merupakan salah satu permainan popular yang diterbitkan oleh Activision. Terkini, Devolver Digital Films telah mengumumkan yang mana mereka akan menerbitkan sebuah dokumentari khusus mengenai Call of Duty dinamakan sebagai CODumentary.

Melalui dokumentari selama 93 minit ini kelak, ia akan melihat disebalik permainan tembak-menembak ini, mengapa ia berjaya, komuniti disebaliknya, dan pelbagai perkara lain.

Memandangkan ia diterbitkan oleh pihak ketiga, maka kita mungkin dapat berharap yang mana dokumentari ini akan mendedahkan dan berkongsi pelbagai perkara – dan bukan sekadar menunjukkan sisi positif semat-amata sahaja.

Dokumentari ini akan ditawarkan melalui Steam Store pada 19 September 2017 kelak.

Leave a Reply