Informasi Permainan Video Terkini
Anda Boleh Mencuba For Honor Secara Percuma Pada Penghujung Minggu Ini
PC

Anda Boleh Mencuba For Honor Secara Percuma Pada Penghujung Minggu Ini

Diterbitkan pada Ogos 8, 2017 oleh .

Bagi anda yang masih belum mencuba permainan For Honor setakat ini, kini mungkin peluang anda. Ubisoft telah mengumumkan yang mana mereka akan menawarkan For Honor secara percuma untuk penghujung minggu ini bagi anda mencubanya sebelum membuat keputusan untuk membeli atau tidak.

For Honor akan ditawarkan untuk diuji pada PlayStation 4, Xbox One dan juga PC – bermula daripada 10 Ogos 2017, sehingga 15 Ogos 2017 kelak.

For Honor

Bagi anda yang masih berkira-kira ingin membeli permainan ini, anda boleh mencuba versi demo untuknya pada penghujung minggu ini sebelum membuat keputusan untuk membelinya atau tidak. Anda turut boleh memulakan proses muat-turun untuk permainan ini bermula hari ini, dan tidak membazir masa terhad penawaran permainan ini untuk memuat-turunnya.